Baru-baru ini ayah dimasukkan ke hospital..Sepanjang pengalaman aku sebelum ini..semasa zaman mudanya,ayah memang seorang yang sihat dan bersemangat..jarang sakit..namun kuasa tuhan tiada siapa mampu melawan..
Di hospital setelah diselidiki..baru ku tahu ayah ku mempunyai masalah di jantung yang menyebabkan terpaksa makan ubat mencairkan darah..sukar mahu dipercayai..tetapi..itulah realiti..
Ini merupakan jawapan mengapa ayahku kian lemah dari hari ke sehari..pada mulanya kakinya lemah..tidak mampu berjalan lama..kemudian, berjalan menggunakan tongkat tapi seringkali terjatuh...anak-anak membelikan ayah kerusi roda...percakapannya semakin kurang jelas dan matanya kian rabun.
Namun itu adalah sesuatu yang memberi jawapan seterusnya, lama kelamaan, ayah tidak lagi mampu duduk dan kini terlantar di atas katil..
Sungguhpun ayahku tidak mampu berjalan, ku bersyukur ayahku masih mampu mengingati kami dan masih berkehendak untuk menunaikan solat walaupun menggunakan bahasa isyarat. Kuasa Allah SWT yang menjaga ayahku dari semua ini.Doa ku hanya satu, jika itu petanda awal yang ditunjukkannya..Aku redha dengan ketentuanNya. Semoga ayahku terus sabar berjuang dalam kesakitan dan kupohon agar diringankan kesakitan itu dengan segera.
Sunday, April 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment