Hari ini keluar ke bandar..bertemu teman seperjuangan dahulu..Wah best nyer dia sekarang, makin berseri2..maklumlah lagi sebulan akan jadi pengantin baru..Seronok dapat berbual..bagai nak rak..sebelum berpisah, aku mendapat buku terbaru yang aku inginkan dari syarikatnya. KEISTIMEWAAN MEKAH terbitan WMBP, penulis UMMU AMMAR editor Raja Mariam Raja Mohd Iskandar..memang best tgk design kulit n isinya..sesungguhnya, bersyukur kerana kita dilahirkan sebagai seorang Islam..dapat mengenali agama Allah SWT dan mengenal diri sendiri..
Bukan semua orang jadi insan terpilih, seringkali yang dilahirkan di dalam cahaya cenderung mencari kegelapan..Kadang-kadang ada yang mahu hidupnya umpama kelip-kelip.Sebentar bercahaya,sebentar tiada.
Justeru, marilah sama-sama kita hidupkan kembali cahaya yang sedia ada di dalam diri kita..Tinggalkan kemungkaran,kenali keikhlasan.
Dengan kalimah Allah kita lahir ke dunia, sama-sama kita berdoa supaya kita sentiasa hidup bersama kalimah ini dan tetap pergi ke dunia lain bersama kalimah ini..
Demi masa.Sesungguhnya,manusia sentiasa di dalam kerugian kecuali mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan di antara satu sama lain.
Saturday, May 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment