Tuesday, May 4, 2010
semoga kita boleh berkongsi ilmu Allah SWT bersama2..
Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing2..jadi Allah akan membantu kita apabila kita merapatkan siratulrahim dan saling berkongsi ilmu..Setiap ilmu yang dimiliki tiada manfaat apabila disimpan seorang diri..namun,jika ilmu tersebut digunakan bersama2..maka, keberkatan ilmu tersebut akan berpanjangan.yang mana satukan pilihan kita?
Saturday, May 1, 2010
SATU pilihan
Hari ini keluar ke bandar..bertemu teman seperjuangan dahulu..Wah best nyer dia sekarang, makin berseri2..maklumlah lagi sebulan akan jadi pengantin baru..Seronok dapat berbual..bagai nak rak..sebelum berpisah, aku mendapat buku terbaru yang aku inginkan dari syarikatnya. KEISTIMEWAAN MEKAH terbitan WMBP, penulis UMMU AMMAR editor Raja Mariam Raja Mohd Iskandar..memang best tgk design kulit n isinya..sesungguhnya, bersyukur kerana kita dilahirkan sebagai seorang Islam..dapat mengenali agama Allah SWT dan mengenal diri sendiri..
Bukan semua orang jadi insan terpilih, seringkali yang dilahirkan di dalam cahaya cenderung mencari kegelapan..Kadang-kadang ada yang mahu hidupnya umpama kelip-kelip.Sebentar bercahaya,sebentar tiada.
Justeru, marilah sama-sama kita hidupkan kembali cahaya yang sedia ada di dalam diri kita..Tinggalkan kemungkaran,kenali keikhlasan.
Dengan kalimah Allah kita lahir ke dunia, sama-sama kita berdoa supaya kita sentiasa hidup bersama kalimah ini dan tetap pergi ke dunia lain bersama kalimah ini..
Demi masa.Sesungguhnya,manusia sentiasa di dalam kerugian kecuali mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan di antara satu sama lain.

Friday, April 30, 2010
Sunday, April 25, 2010
Kesakitan adalah permulaan kepada semua jawapan.
Baru-baru ini ayah dimasukkan ke hospital..Sepanjang pengalaman aku sebelum ini..semasa zaman mudanya,ayah memang seorang yang sihat dan bersemangat..jarang sakit..namun kuasa tuhan tiada siapa mampu melawan..
Di hospital setelah diselidiki..baru ku tahu ayah ku mempunyai masalah di jantung yang menyebabkan terpaksa makan ubat mencairkan darah..sukar mahu dipercayai..tetapi..itulah realiti..
Ini merupakan jawapan mengapa ayahku kian lemah dari hari ke sehari..pada mulanya kakinya lemah..tidak mampu berjalan lama..kemudian, berjalan menggunakan tongkat tapi seringkali terjatuh...anak-anak membelikan ayah kerusi roda...percakapannya semakin kurang jelas dan matanya kian rabun.
Namun itu adalah sesuatu yang memberi jawapan seterusnya, lama kelamaan, ayah tidak lagi mampu duduk dan kini terlantar di atas katil..
Sungguhpun ayahku tidak mampu berjalan, ku bersyukur ayahku masih mampu mengingati kami dan masih berkehendak untuk menunaikan solat walaupun menggunakan bahasa isyarat. Kuasa Allah SWT yang menjaga ayahku dari semua ini.Doa ku hanya satu, jika itu petanda awal yang ditunjukkannya..Aku redha dengan ketentuanNya. Semoga ayahku terus sabar berjuang dalam kesakitan dan kupohon agar diringankan kesakitan itu dengan segera.

Suatu Permulaan dalam sebuah pencarian
Saat ini akan diterbitkan sebuah blog yang akan memenuhi realiti seorang insan untuk mencari ilmu di dunia dan di akhirat..sekadar untuk berkongsi sedikit ilmu yang ada..semoga usaha ini sentiasa di dalam rahmat Allah SWT.Amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)